Monday, December 01, 2008

KMK12, Mencorak Generasi Pewaris Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, daku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya, diri ini masih mampu meneruskan coretan digital ini. Pagi ini, masih terngiang-ngiang alunan nasyid "Satu Hati", nasyid tema KMK yang ke 12. Baru sahaja Jumaat yang lalu program bermula, hari ini sudah berada di kampung halaman lagi. Begitu pantas waktu berlalu hinggakan terasa sebak di lubuk hati. Ukhuwah yang baru sahaja ingin berputik di kalangan sahabat-sahabat fasilitator, urusetia dan adik-adik peserta demi menegakkan syi'ar Islam di muka bumi ini tiba-tiba bermetamorfosis menjadi perpisahan.

Dari al-Barraa' bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:

"Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah."

(HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)


Kem Minda Kreatif 12, anjuran HALUAN (Wilayah Utara) untuk remaja tingkatan 1-4 berlokasi di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang, Bukit Mertajam berjaya dilaksanakan dengan izin Allah s.w.t. Penerapan nilai-nilai ukhuwah, persaudaraan Islam, berfikir secara kreatif dan kritis, kepentingan dakwah dan tarbiyyah, kerjasama dan kepimpinan, serta 'kesatuan hati', menjadi pengisian utama program bagi melahirkan pewaris-pewaris yang bakal mewarisi khazanah rasul.



Semoga Allah akan mengurniakan limpah rahmat dan barakahNya kepada sekelian umat Islam yang bersaudara demi menghidupkan cara hidup Islam yang sebenarnya.

Buat sahabat-sahabat Abu Jihad, Abu Zar, Abu Ubaidah, Malik, Ridha, Hamizan, Saufi, Saufi Rosmi, Umar, Nasri, Ali, Ali Irfan, Faiz, Abang Farid, Mud, Hakim, Yat, Hazwan, Hanif, Pakcik Ghazali dan semua yang tidak saya sebutkan, seribu kemaafan dipohon andai tersalah dan terkasar bahasa. Terima kasih juga atas segala jasa baik kalian. Teruskan perjuangan dalam menuju mardhatillah, insyaAllah. Semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal ke akhirat. Allahuakbar!




No comments:

Post a Comment