Showing posts with label Anisoptera MAV. Show all posts
Showing posts with label Anisoptera MAV. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Hari Inilah.

بسم الله الرحمن الرحيم


Inilah hari yang ditunggu-tunggu selama empat tahun berlalu. Hari yang mencarik-carik adrenalin, mengoyakkan mata serta memukul jantung dengan pemukul GONG!! Selamat menjamu selera kawan-kawan. SVSS, GSMBHSS & Don & Lan's Vehicle Security System.






Wednesday, December 29, 2010

Harap Maaf

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum WBT. Semalam aku berbual dengan Baba (ayah aku) dan beliau memberitahu, untuk mem'patent'kan sesuatu kerja, ianya mestilah belum diketahui awam dan tidak disiarkan. Teguran beliau berkenaan dengan foto-foto projek yang sedang aku bangunkan dan maka dengan itu terpaksalah aku membuang foto kerja tersebut dari blog yang ku kasihi ini. Maka dengan itu hilanglah foto Anisoptera MAV tersebut dari entri ini.

Seribu kemaafan aku pohonkan dari kalian semua!



Sumber : GiMMEC

Wednesday, October 27, 2010

Anisoptera MAV

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum WBT. Sekian lama aku menunggu untuk bercerita mengenai projek akhir tahun Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang baru sahaja aku bentangkan minggu lalu. Baru sekarang dapat aku isikan peluang ini dengan projek yang bertajuk The Development of Anisoptera MAV. Projek ini asalnya aku cadangkan ketika aku membuat projek diploma kira-kira empat tahun yang sudah namun ditolak atas sebab keselamatan.

Anisoptera yang dipetik dari nama saintifik pepatung atau nama orang putihnya dragonfly melambangkan jentera kecil yang mampu terbang dengan bebas. MAV pula adalah singkatan bagi Micro Air Vehicle. Info lebih lanjut mengenai MAV di sini. Lebih kurang sedikit dan sebanyak itulah projek yang akan aku bangunkan.


Notre Dame MAV ; Rekabentuk Anisoptera MAV lebih kurang begini. Rekabentuk sebenar adalah dirahsiakan.


Dengan usahasama syarikat jentera udara tanpa pemandu tempatan (nama dirahsiakan atas sebab keselamatan) aku bangunkan projek ini dengan kos lebih kurang RM30,000 dan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tersebut. Alhamdulillah dan jutaan terima kasih buat syarikat yang sudi menerima aku dengan seadanya.

Anisoptera MAV adalah sebuah jentera terbang yang mampu terbang dengan sendiri tanpa pemandu dan dilengkapi dengan kamera video. Mempunyai kebolehan untuk naik dan turun secara menegak atau lebih gahnya dipanggil VTOL serta kemampuan untuk terbang secara melintang (horizontal flying). Pendek kata, ianya mempunyai kebolehan seperti campuran kapal terbang dan juga helikopter.

Dengan adanya jentera ini, badan keselamatan negara dan penyelamat boleh maju selangkah ke hadapan sekaligus memudahkan kerja-kerja menyelamat dan pemantauan dilakukan. Semoga aku mampu menjayakan projek ini dalam lingkungan waktu yang ditetapkan insyaAllah.