Thursday, February 24, 2011

Doa Taubat Nabi Yunus

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum WBT. Sedang aku memandu kereta aku yang agak tak berapa nak sihat, IKIM.FM menyiarkan tentang doa-doa taubat dan antaranya ialah doa taubat nabi Yunus A.S ketika baginda berada dalam perut ikan nun. Jadi, sekadar ingin berkongsi untuk buat peringatan kepada kita untuk lebih banyak bertaubat kepada Allah SWT.

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ


“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”



Doa ini adalah diantara doa yang mustajab dan sering digunakan bersama solat sunat taubat ketika sujud yang terakhir.

Semoga kita sampai dan amalkan.

Wallahu'alam.

Wednesday, February 23, 2011

Kemalangan Di KM5.8 DUKE

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum WBT. Hari ini aku nak kongsikan video kemalangan di KM5.8, lebuhraya DUKE. Dikhabarkan, selekoh ini memang sering berlaku kemalangan. Semoga kita mengambil iktibar dari kemalangan ini dengan lebih berhati-hati. Pastikan kita berganjak ke tempat yang lebih selamat selepas kemalangan. Wallahu'alam.





Sunday, February 20, 2011

Dari Ubuntu ke Crunchbang! #!

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum WBT pembuka bicara. Beberapa minggu yang lalu (mungkin jugak dah berbulan) aku ada menulis tentang perpisahan aku dengan Ubuntu dan sistem operasi yang aku gunakan kini ialah Crunchbang. Kenapa Crunchbang? Kerana ia rangup dan meletup? Oh, memang ianya sangat rangup dan MELETUP!

Ianya bermula apabila aku mencari ciri-ciri minimalistic dalam penggunaan linux. Maka, aku telah jatuh cinta dengan si dia yang dipanggil Crunchbang. Berasal dari Ubuntu dan terkini, mengikut jejak langkah Debian sebagai asas. Apa yang menarik ialah tahap kesukaran untuk menggunakan Crunchbang, maka di situlah ilmu akan berkembang. Di mana ada kesusahan, di situ ada pencarian. Dan di mana ada pencarian, di situlah ilmu mendatang dan pasti ada jalan.

Crunchbang sesuai untuk sesiapa sahaja yang sudah mempunyai asas linux dan juga ingin menggunakannya sebagai sistem pengoperasi harian seperti Ubuntu. Tidak dinafikan Ubuntu adalah yang terbaik untuk pengguna yang baru berjinak dengan linux, namun Crunchbang adalah jawapan kepada yang inginkan cabaran setelah melalui fasa Ubuntu.


Ringan, ringkas dan pantas. Itulah Crunchbang!
#!