Wednesday, November 12, 2008

Kenderaan Penyelamat Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

Dunia hari ini diancam dengan pemanasan global kesan dari penggunaan tenaga yang melampau ditambah dengan pencemaran yang tidak putus-putus oleh manusia, hambaNya. Apakah itu pemanasan global? Secara ringkas, pemanasan global adalah peningkatan suhu rata-rata permukaan bumi yang dapat kita rasakan semakin ketara baru-baru ini. Apakah peranan kita demi menyelamatkan bumi kita? Kita sebagai khalifah perlu bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan juga kesuburan bumi kita.

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ . ٢٨:٧٧
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. [Al-Qasas:77]

Mengambil langkah yang bijak setelah mempertimbangkan beberapa perkara, inilah sumbanganku dalam tidak menambah lagi pencemaran alam dan pemanasan global. Berbasikal ke kampus. Aku telah berbasikal dari rumah ke kampus sebagai kenderaan utama sejak awal Julai 2008. Dengan jarak lebih kurang 5km dari rumah, memang ideal untuk berkayuh disamping mampu meningkatkan lagi tahap stamina dalam diri. Basikal, kenderaan yang mampu menyelamatkan dunia. Aku sarankan kepada rakan-rakan agar mari bersama-sama denganku jika jarak perjalanan itu tidak terlalu jauh, tidak diabaikan jua aspek-aspek keselamatan marilah kita mengayuh basikal. Kurangkan karbon monoksida, kurangkan haba di jalanraya.




Dua minggu lalu, kunci basikal yang aku kuncikan di 'basement' tempat meletak kenderaan hilang bersama-sama dengan pagar besi DBKL. Selama ini, pagar besi itulah yang menjadi tempat sandaran "BMC Virus 01" ku itu. Puas aku cari di seluruh 'basement' namun tidak bertemu jua. Aku sandarkan saja basikal pada pagar besi yang lain dan bertawakkal kepada Allah agar nasib basikalku tidak serupa dengan kunci bernilai rm60 yang telah hilang. Dan dua hari lepas, alhamdulillah rupa-rupanya pagar besi DBKL mudah alih itu sudah dibawa ke atas. Aku lantas cepat-cepat membuka kunci yang masih terkunci di pagar tersebut dan mula mengayuh semula ke kampus. Bila hari hujan, aku akan menggunakan RapidKL aliran Ampang (Star LRT) dan bertukar ke Monorel untuk sampai ke universiti. Demikianlah kisah aku dengan kenderaan penyelamat dunia... Mengapa kita tidak mampu menjadi seperti di negara-negara yang sudah menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama di bandar seperti di Jepun dan sebagainya? fikir-fikirkanlah... Wallahua'lam...

.....................................

1 comment:

  1. sebaik la kunci basikal..kalo mangga basikal ilang la..hehehhee..gurau je.. :)...

    ReplyDelete