Monday, November 17, 2008

Moyang Lahirkan Anak Kembar Tiga

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya, moyang yang mempunyai tiga cicit itu selamat melahirkan tiga anak lagi pada jam lebih kurang 5 pagi tadi. Moyang yang dikenali dengan nama 'Nenek' itu adalah kucing belaanku yang sudah bertahun-tahun dalam jagaan keluargaku. Pagi tadi lebih kurang jam 3 aku dikejutkan dengan kehadiran Nenek disebelahku. Ia baring dan tidur betul-betul bersebelahan denganku. Pelik kerana aku sudah menutup pintu bilik sebelum tidur tapi dengan izin Allah s.w.t, telah tiba waktu untuk ia melahirkan anak. Sewaktu aku bangun untuk menunaikan solat subuh, aku lihat kesan darah pada lantai di bawah katil dan alhamdulillah, Nenek selamat melahirkan tiga ekor anak di dalam kotak yang aku sediakan.




وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِنْ دَابَّةٍ آيَاتٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
٤٥:٤
Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini, (Al-Jaathiya:4)
Sebelum ini, Nenek pernah melahirkan sehingga lima ekor anak sekaligus tetapi kali ini hanya tiga ekor. Mungkin kerana ia sudah terlalu tua dan yang pastinya selepas ini kami sekeluarga mengambil langkah untuk memandulkan semua kucing-kucing betina kami yang sudah matang agar bilangan kucing tidak bertambah lagi dalam masa terdekat ini kerana pada hari ini, jumlah semua kucing di rumahku ialah 14 ekor. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dan hamba-hambaNya yang pemurah lagi penyayang.

2 comments:

  1. hehhee..nice name untuk kucing..nenek or moyang..pe pe pun taniah kepada ko sebab da mengembangkan generasi kucing di rumah....taniah :)..

    ReplyDelete
  2. saya mungkin agak malang sebab fobia ngan kucing. ngeee~

    ReplyDelete