Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidiladha 1431H dan Selamat Menjawab Peperiksaan!

بسم الله الرحمن الرحيم


Seni Grafik dari AREXIBIVO, testi @ iLuvislam.com

Assalamualaikum WBT. Rata-rata, semua blogger akan mengemaskini blog mereka bersempena dengan sambutan Aidiladha. Mungkin aku antara yang paling lewat menulis bertemakan hari raya qurban ini. Kesempatan yang ada untuk mengemaskini sangatlah terhad. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Andai dikau telah berkorban kerana Allah selama ini, nescaya Allah akan membalasnya di akhirat kelak. Andai dikau belum lagi berkorban, ketahuilah bahawa pengorbanan kerana Allah itu lebih besar dari segala-galanya.


Memandangkan Aidiladha kali ini berselisih dengan peperiksaan akhir semester bagi kebanyakan IPT, aku juga nak mengucapkan selamat menjawab peperiksaan. Kepada kalian yang tidak dapat pulang ke kampung untuk bersama keluarga, Allah tahu pengorbanan kalian semua dalam menuntut ilmu. Ianya bukan sekadar korban. Menuntut ilmu kerana Allah itu jihad. Sama-samalah kita istiqamah di jalan Allah.

Wallahu'alam.

Monday, December 08, 2008

AidilAdha Di Kala Titisan Rahmat

بسم الله الرحمن الرحيم



Hari ini, Ahad 10 Zulhijjah 1429 bersamaan
dengan 8 Disember 2008 umat Islam di Kg.Sempang Pantai Merlimau menyambut AidilAdha dalam keadaan titis-titis rahmat yang turun sejak malam tadi tanpa henti. Pagi sebelum menunaikan solat AidilAdha di masjid, Pakcik Din sempat bertanya kepada Atuk, "Tak apakah daging korban kena air hujan, Bah?". "Kita lapah di bawah bumbung, tempat yang kering insyaAllah", balas Atuk. Aku cuma mengangguk-angguk tanda membolehkan jawapan Atuk sambil mengagak-agak luas kawasan yang diperlukan dan membanding kawasan hadapan surau keluarga tempat kami berteduh saat itu.

Aku kira ini adalah antara julung-julung kali AidilAdha tiba di kala hujan tanpa henti dan kami tiba di masjid tepat-tepat waktu Pak Imam baru sahaja mengangkat takbir. Jam di 'dashboard' kereta menunjukkan angka 8 dan 25. "Wah, belum lapan setengah lagi orang dah solat", Pakcik Din pantas meletakkan kereta dan kami segera memasuki saf yang kosong. Selesai solat, kami sambung pula dengan solat sunat jenazah seorang tentera yang terkorban dan seterusnya pulang ke rumah sambil memerhati paras air di parit-parit yang semakin tinggi.

"Hujan reda nanti, Abang pergi ke kedai semalam untuk beli kanvas. Pak Sir minta beli satu lagi." Pesan Pakcik Din kepadaku tika aku tancapkan pandangan pada air di parit tempat lembu ditambat yang juga semakin memenuhi ruang dan mungkin sekali bakal merumitkan proses penyembelihan nanti. "Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dalam menjalankan ibadah qurban ini", bisik hatiku. Aku terus mencapai komputer bimbit di ruang tamu rumah Mak Bah dan mula menaip...

........

Sunday, December 07, 2008

Selamat Menyambut AidilAdha

بسم الله الرحمن الرحيم

MengingatiNya dengan...

Menyebut kalimah Allah yang terindah
Membaca kitab al-Quran yang terlengkap
Menghayati Azan yang termerdu

Mengamalkan solat yang sempurna

Memperbanyakkan berpuasa
Mengikut jejak sunnah Rasulullah s.a.w




"Selamat Menyambut AidilAdha "

dari

Huzaifah Ibnu Jamaludin

....................