بسم الله الرحمن الرحيم
Hamas bukan sahaja menang dari sudut ketenteraan. Kita boleh
huraikan dari sudut ketenteraan namun kemenangan yang lebih besar, lebih
menarik dan lebih muktamad adalah :
1. Kemenangan politik
2. (Public opinion) Pandangan umum masyarakat antarabangsa.
Seperti peperangan Hijaratus sijjil (2012) Israel tidak ada pilihan
melainkan terima semua syarat yg dikemukakan oleh HAMAS. Bezanya kali
ini ialah Israel menerima tuntutan HAMAS melalui Fatah as Sisi, yang
diharapkan akan memaksa HAMAS untuk tunduk kepada syarat syarat Israel.
Namun sebaliknya yang berlaku.
Tanpa sebarang perundingan Israel menerima semua tuntutan HAMAS!
1. Membuka semua 5 laluan masuk ke Gaza dari israel. Setakat ini cuma 2
yg berfungsi (Eretz dan Kareem Shalom), di mana pergerakan keluar masuk
dan penyaluran bantuan kecemasan dan kemanusiaan termasuk bahan binaan
akan berjalan lancar tanpa sebarang sekatan. Syarat ini juga termasuk
transaksi kewangan dari seluruh dunia tanpa kawalan dari US, EU dan
Israel.
2. Tentang zon perikanan. Bukan sahaja diperluaskan
sehingga 6 batu nautika dan dilanjutkan sehingga 12 batu nautika sebelum
akhir tahun 2014, bahkan buffer zone (zon penampan) dihapuskan. Sebelum
ini nelayan dibenarkan menangkap ikan sehingga 3 batu nautika dan 1
batu nautika sebagai buffer zone (bermakna nelayan hanya boleh menangkap
ikan setakat 2 batu nautika).
3. Tentang pembinaan semula - ini
akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan selepas rundingan dgn egypt. Ini
termasuk pembinaan semua pelabuhan dan lapangan terbang di Gaza. Di
sini Mesir pula yang terpaksa mengakui hak Palestin untuk laluan tanpa
sekatan di sempadan Rafah dan kemasukan barang-barang binaan yang akan
diselaraskan dalam sebuah konferens antarabangsa yang akan dilaksanakan
dalam tempoh sebulan dari tarikh bermulanya gencatan senjata jangka
panjang.
4. Kejayaan terbesar ialah israel bersetuju untuk tidak
lagi menjejak dan mensasarkan pergerakan pimpinan HAMAS dalam dan di
luar Gaza.
Ini adalah kejayaan besar kerana Israel bersetuju di
hadapan seluruh dunia utk menerima semua syarat syarat HAMAS terutama
syarat tidak lagi menjejaki pimpinan HAMAS.
Israel terpaksa
menelan ego nya yg amat pahit apabila tunduk kpd HAMAS yg dicop sebagai
pengganas dan berikrar tdk akan berunding dgn HAMAS
Kini mereka bukan sahaja terpaksa berunding bahkan terpaksa menerima syarat syarat HAMAS!
Bagi mereka yg meneliti sejarah ini adalah umpama British unconditional
surrender of Singapore to Japan! Penyerahan Singapura oleh British
kepada Jepun yang tercatat sebagai episod paling memalukan dalam sejarah
empayar British.
Jadi isunya bukan Israel akan mungkir janji.
Kemungkinan Israel mungkir janji adalah hampir pasti. Sebab itu HAMAS
hanya bersedia untuk rundingan gencatan senjata dan bukan rundingan
damai. Ini bermakna hubungan di antara HAMAS dan Israel tetap hubungan
peperangan yang dihentikan atas terma-terma yang diterima oleh Israel
tanpa syarat. Oleh kerana ia gencatan senjata ia boleh berakhir
bila-bila masa terutama sekiranya Israel melanggar ketetapan gencatan
senjata tersebut.
Isunya israel telah dimalukan (humiliated
before the whole wide world). Ia adalah ibarat kaki buli (big bully)
yang diejek dan menjadi bahan tertawa masyarakat antarabangsa (taunted
and a subject of jest by everyone.). US yang menjadi pelindung setia
hanya memerhatikan sahaja ketua penjahat upahan mereka dimalukan oleh
Gaza.
It is unthinkable for a big bully to be jeered by his own victim. And the world gave a standing ovation to gaza.
Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi,
Humanitarian Care Malaysia.
(foto: ezz al zanoon)