Wednesday, September 29, 2010

Bila Iman Diuji

بسم الله الرحمن الرحيم


Penat dan lesu juga sebenarnya kerana baru sahaja tiba di rumah, Kuala Kubu Bharu. Terlebih dahulu membantu kakak aku mengangkut segala barang-barang dari rumah sewa di Bandar Baru Sentul. Lapar rasanya perut sekarang ni tapi alhamdulillah sebab ada burger ayam keju istimewa (chicken special cheese) yang dibeli oleh seorang teman sebelum aku berangkat pulang petang tadi. Boleh aku makan sambil teruskan bercerita? Bismillah...

Alhamdulillah, memang sedap dan rezeki aku tapi nasihat untuk kamu semua, jangan selalu makan burger, tak baik untuk kesihatan. Kembali pada tajuk asal cerita, Bila Iman Diuji. Saat yang manakah baru dipanggil ujian kepada iman yang kita miliki? Ini yang nak aku ceritakan. Cerita pengalaman yang baru sahaja terkena pada aku lantas aku menulis di sini.


Yang terkena pada aku sebentar tadi mengingatkan aku kepada ceramah yang diberi oleh pendakwah terkemuka, imam besar United States iaitu Sheikh Yusuf Estes. Ceramah beliau ketika itu berkenaan dengan bagaimanakah respon seseorang itu apabila diuji kesabaran dan ditahap manakah imannya.



Sheikh Yusuf Estes ketika memberikan ceramah di Universiti Malaya pada November 2008


Teringat kata-kata beliau yang agak mencuit hati, "Katakan apabila seseorang itu sedang memaku di dinding dan tertukul di tangan sendiri. Respon yang bagaimanakah menunjukkan seseorang itu sangat beriman? Dush! Ya Allah!! Yang ini belum cukup lagi. Dush! Astaghfirullah! Yang ini pun belum cukup lagi. Yang ini baru hebat, dush! Alhamdulillah.." seloroh beliau sambil melakonkan gaya orang sedang memaku. Sangat mengasyikkan dan menarik ceramah yang diberi oleh beliau.

Kaitan ceramah beliau dengan cerita aku ialah, sejurus aku tiba di rumah aku terus mengangkut barang-barang kepunyaan kakak aku dari kereta ke letak di hadapan pintu rumah. Aku longgokkan semua barang-barang di situ sebelum mengangkut masuk ke dalam rumah. Setelah itu, aku pun mula mengangkat barang-barang yang berlonggok tersebut masuk ke rumah. Nak dijadikan cerita, memang sengaja Allah nak menguji iman seorang hambaNya tatkala letih lagikan lesu dan lapar, terasalah basah ketika mengangkat kotak printer. Sememangnya di luar baru sahaja mulai hujan rintik-rintik namun, basah di sisi kiri kotak tersebut agak kencang juga. Aku cium bau tangan yang basah itu dan semerbaklah bau hancing najis kencing kucing jantan yang terhegeh-hegeh nak jual minyak pada kucing betina yang seekor di rumah ini. Tak sampai lima minit pun aku tinggal barang-barang tu kat luar, sempat lagi si jantan tu pancut. Haishh!!

Serta-merta, terkeluarlah laju ucapan dari mulut aku yang bukan istighfar, tahmid mahupun takbir. Nak tahu apa perkataan yang aku sebut?

Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut cerita dan perkataan yang telah aku sebut.




No comments:

Post a Comment