بسم الله الرحمن الرحيم
Mesej pesanan ringkas daripada Boter malam tadi agak mengejutkan aku. Berita pemergian seorang sahabat seangkatan semasa menuntut di German-Malaysian Institute sedikit sebanyak menghadirkan perasaan sedih dan secara tidak langsung mengingatkan aku pada ajal yang tandangnya tiada dikira usia.
Arwah Jafni atau lebih dikenali sebagai Specky dikalangan kami memang sudah diketahui menghidap pendarahan dalam otak sejak kami sama-sama menuntut diploma dahulu. Namun ketabahan beliau yang tetap ingin menghabiskan pengajian biarpun terpaksa menangguhkan beberapa semester membuatkan aku berasa sangat kagum.
Setibanya aku di Equine Park lewat malam tadi, cepat-cepat aku melayar Google mencari klu-klu berkenaan arwah. Rupa-rupanya beliau telah koma lebih kurang dua bulan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan insan-insan yang beriman insyaAllah.
Al-Fatihah...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete