Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan Dua Zaman

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramadan
Satu nasib tak serupa
Peluangnya sama, natijah berbeza


Ramadhan mereka
Gemilang cemerlang, mukmin berjasa
Di awal zaman


Ramadhan kami, malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman


Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergiannmu


Malam mereka meriah disimbah Nur Al-Quran
Tapi malam kami pulang bertemu dengkur


Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami, lesu diburu nafsu


Hati mereka,bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa


Takbir mereka, takbir kemenangan
hadiah mujahadah..sebulan Ramadan
Takbir kami, lesu tak bermaya
adakala lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga








Artis: Nazrey (Raihan) & In-Team / The Zikr
Lagu/Lirik: Ramadan Dua Zaman

2 comments:

  1. thanks for sharing...
    mmg tgah cri lagu ramdhan yg baru

    ReplyDelete
  2. you're most welcome. Ni lagu lama oleh The Zikr tapi diberi nafas baru olehIn-Team & Nazrey.

    ReplyDelete