بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum. Percaya atau tidak, aku sedang menaip entry ini dalam kereta. Kat tepi jalan bersebelahan Hentian Bas Putra. Bukan kerana sesuatu yang penting untuk diblog dan bukan juga kerana kecemasan. Tetapi hanyalah kerana menunggu adik aku yang tengah beli tiket bas untuk dia balik ke Kota Bharu malam ini. Pinjam sekejap laptop ASUS yang dia guna tadi sementara dia selesai beli tiket. Jalan Kuching ni boleh tahan sesak jugak walaupun hari ini Ahad, cuti yang sememangnya menjadi pilihan ramai untuk sekadar bersantai kat rumah sahaja. Apa-apa pun, yang penting kita buat sesuatu yang berfaedah untuk diri kita, keluarga, masyarakat dan agama.
Wallahu'alam.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment