Showing posts with label Windows 7. Show all posts
Showing posts with label Windows 7. Show all posts

Friday, April 10, 2009

Tutorial Menggunakan Tulisan Arab Di Dalam Windows

بسم الله الرحمن الرحيم


Bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakan tulisan Arab/Jawi, Ini adalah tutorial/cara-cara bagaimana untuk mengaktifkan tulisan Arab (Arabic) di dalam Windows Vista dan Windows 7 walaupun tiada papan kekunci bertulisan Arab/Jawi. Selamat mencuba!

1. Buka 'Control Panel' melalui 'Start Menu'.




2. Kemudian klik pada "Change keyboard or other input methods" di bahagian "Clock, Language and Region".




3. Sesudah itu, klik pada "Change keyboards..."




4. Klik pada butang "Add..."




5. Pilih bahasa yang ingin digunakan. Saya pilih untuk menggunakan Arabic (Saudi Arabia) dan tandakan (tick) pada "Keyboard > Arabic(101)" kemudian klik "Preview" untuk melihat susunan huruf.




6. Susunan huruf akan terpapar.




7. Klik "Close", "Apply", "OK" dan tutup semua tetingkap. Satu ikon "EN" akan terpapar pada taskbar anda. Klik pada "AR" untuk tukar kepada tulisan Arab.




Tutorial ini saya dedikasikan buat seorang makcik yang sedang giat dengan enam buah syarikat miliknya. Selamat mencuba ya makcik! (jangan marah makcik nanti cepat tua)

Sekian, Wallahu'alam.


Guna Windows 7? Biar Betul?

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ini aku membuat satu tindakan drastik akibat kelembapan Windows Vista yang begitu melampau. Aku telah mem-format Windows Vista lalu meng-install Windows 7 pre-release yang diberikan oleh Imran. Aku adalah pengguna Ubuntu dan pengguna Windows dalam masa yang sama memandangkan terdapat sebab musabab yang kukuh untuk aku menggunakan Windows (dual-boot) di dalam komputer riba ku ini. Antara sebabnya ialah kebanyakkan pelanggan dan sahabat-sahabat menggunakan Windows dan aku perlu terus bersaing dengan diri sendiri untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan bagi membanteras segala jenis masalah di dalam sistem pengoperasi Microsoft ini. Tambahan lagi, Windows Vista adalah sistem pengoperasi masa kini lantas menjadi penyebab untuk aku menggunakannya dan alhamdulillah, komputer riba kecintaanku ini memang disertakan dengan Windows Vista Home Premium (Genuine, Halalan Toiyyiban) :D .



Tetapi hari ini, apabila Adobe Photoshop CS4 dibuka untuk pengubahsuaian grafik, Ya Allah! Terlalu kura-kura (maafkan hamba si kura-kura) lagaknya. Pergerakan penunjuk tetikus yang tidak mampu langsung mengejar gerakan arnab di skrin. Lantas aku putuskan untuk melontarkan sahaja Windows Vista ini ke dalam ruang maya iaitu format.


Sebaik Windows 7 selesai di install, ia lebih perlahan dari Windows Vista yang baru sahaja aku buang sebentar tadi. Oh, rupa-rupanya pemandu grafik masih belum di-install, memang patutlah perlahan. Aku pun update serta mengaktifkan Windows 7 dan seterusnya me-rebootkan komputer riba ini.



Hasilnya? Memang pantas sesuai dengan nombor 7 kegemaran aku. Bagaimana pula dengan Ubuntu? Masukkan CD dan repair semula GRUB supaya dapat dual-boot kembali. Semoga cepat-cepat Microsoft keluarkan keluaran sepenuhnya (full version) bagi Windows 7 supaya pengguna-pengguna Windows dapat bergerak lebih pantas dari kura-kura.