بسم الله الرحمن الرحيم
Beberapa hari lepas, ibu bapa muslim Rohingya melepaskan
bayi-bayi dengan bot mengharapkan anak mereka selamat setelah
sememangnya tak ada cara lain untuk menyelamatkan anak-anak ini
memandangkan mereka sendiri akan terbunuh dalam masa terdekat.
Pembunuhan kian rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim Rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta orang kini tinggal hanya dalam lingkungan 800 ribu orang,
habis lenyap dari bumi Myanmar. Tua, dewasa, kanak-kanak bayi...tak
kira la lelaki atau perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam
lingkungan seribu lebih perempuan DIROGOL sampai mati, ada yang
disembelih, kanak-kanak diikat tangan dan dibuang dalam sungai, bayi
turut dibunuh...Manakala mayat mereka dibiarkan sahaja digigit dan dimakan anjing-anjing liar.
Terdapat kira-kira dua ribu dari kalangan mereka berada di
sempadan Myanmar Bangladesh berteduh di bawah pokok-pokok untuk menunggu
peluang ke Bangladesh... Namun pihak Bangladesh sudah bersiap sedia
dengan tentera di sempadan untuk menembak mana-mana di kalangan mereka
yang cuba melarikan diri ke negara tersebut.
Perjumpaan wakil ABIM Malaysia dengan sami tertinggi di Angkor untuk berbincang isu umat islam Rohingya
dan menghentikan pembunuhan atas dasar kemanusiaan telah dibuat tapi
kesannya hanya sikit sahaja kepositifannya....Sami ini meminta untuk
berbincang dahulu antara mereka dan tindakan hanya akan dibuat dalam
bulan Oktober 2012.
Satu flotile ke Myanmar akan diadakan dalam masa terdekat untuk membawa seluruh NGO dari seluruh dunia melalui perairan India....Cadangan untuk membawa isu Rohingya ke Parlimen Malaysia telah DITOLAK speaker parlimen atas sebab tak relevan dan tak penting....Manakala kerajaan Malaysia sendiri masih belum ada lagi mengeluarkan bantahan rasmi atas kekejaman ini....
Isu ini adalah isu paling besar disaat ini lebih daripada isu
yang berlaku di kalangan umat islam di Syria, Palestin, selatan Thailand
dan seluruhnya memandangkan mereka tidak ada pembelaan langsung dari
dunia... Rayuan agar isu ini diperbesarkan supaya umat islam di Rohingya
dapat diselamatkan dan SEBARKAN pada semua sehabis cara....semampu yang boleh... Hanya cara ini kita dapat membantu mereka....
(SUMBER: Cikgu Azmi yang berhubung langsung dengan rakannya di
Rohingya menggunakan telefon secara sembunyi memandangkan alat
komunikasi tidak dibenarkan di Rohingya)
Jika kamu rasa diri kamu itu seorang MUSLIM, sebarkan dan doakanlah
mereka...Aku tak kata sumber nie 100% benar...tapi sememangnya umat
Islam di Rohingya dibunuh dengan kejam dalam masa korang sedang asyik
dengan keindahan DUNIA nie.... Apa salahnya memberi sedikit masa yang
ada dari 24jam dari kurniaan Allah untuk menyebarkan isu Rohingya
nie....
Sila kunjungi http://ikiam.blogspot.com bagi mengikuti perkembangan Misi Kemanusiaan Rohingya oleh Gerakan NGO Islam ASEAN.
ReplyDelete