Thursday, May 19, 2011

Masuk Syurga Kerana Rahmat Allah. Mengapa Beramal Sekarang?

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum WBT. Pada awal bulan Mei yang lalu, Keluarga HIKMAH telah menganjurkan "Hari Keluarga HIKMAH" di pantai Bagan Lalang dan terbuka kepada semua warga Keluarga HIKMAH. Untuk makluman, Keluarga HIKMAH terdiri daripada cucu-cicit Atuk dan Nenek aku yang sebelah Mak. Kami sekeluarga telah membentuk organisasi dan diberi nama Keluarga HIKMAH.

Salah satu dari aktiviti hari keluarga tersebut ialah ceramah dari Prof. Muhd. Kamil Ibrahim. Beliau berkongsi mengenai pengalaman hidup yang amat menarik dan sangat menyentuh kalbu. Di penghujung ceramah, seorang ahli keluarga telah bertanya tentang kemusykilan terhadap ceramah beliau. Beliau menyatakan, masuk syurga itu adalah dengan rahmat Allah SWT, bukan kerana amal ibadah yang dilakukan seumur hidup.

Soalan : "Apa gunanya kita beramal ibadah dengan banyak, jika masuk syurga itu hanyalah dengan rahmat Allah semata-mata?"

Jawapan: "Firman Allah dalam surah Adz-Zaariyat : 56, maksudnya,"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." Memang kita perlu beramal ibadah kepada Allah kerana itu tanggungjawab dan tujuan hidup di dunia ini, namun yang memberi keizinan untuk seseorang itu masuk ke dalam syurga hanyalah Allah semata-semata. Itulah rahmat Allah.


Wallahu'alam


2 comments:

  1. huhuhu, post yang menarik untuk diberi comment ^^
    dalil ini sangat bertepatan dengan soalan yang telah diajukan.
    tapi dayah terpanggil juga untuk berkongsi sedikit input diruang abg zai ni.

    jika kita meneliti betul2 pada dalil dari surah adzariyat 56, tujuan kita hidup adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya. bagaimana kita nak kaitkan dengan rahmat Allah? berbalik pada hadis Rasulullah s.a.w,

    Dari jabir, ia berkata: aku pernah mendengar Nabi Saw. bersabda: "Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."

    Bagi remaja yang mendengar akan hadis ini mesti lebih yakin untuk beramal dan bertaubat diusia tua. tetapi mereka salah sebenarnya, ada maksud yang tersirat di dalam hadis ini. Allah menjanjikan rahmatnya kerana Allah ingin memberi peringatan kepada Hambanya yang beriman bahawa hidup seseorang itu jika ia bermula dengan iman tidak semestinya ia berakhir dengan iman juga. Allah mampu untuk membolak-balikkan hati hambaNya. Sebab itu kita dianjurkan untuk berdoa supaya Allah memberi kesudahan yang baik dalam hidup kita. "Allahummakhtimlana bihusnil khatimah, wala takhtim alaina bisu'il khatimah". seperti contoh: hidup seseorang itu penuh dengan amal ibadah, akhirnya mati dalam keadaan membunuh diri. itulah sebagai contoh pengakhiran hidup yang buruk.

    Dan mengapa kita perlu beramal dan bertaubat sekarang? adzariyat 56 jawapannya. itu tanggungjawab kita hidup di muka bumi ini. hidup dan mati adalah aturan Allah. jika ditakdirkan kita mati esok, adakah masih sempat untuk kita beramal dan bertaubat? dengan itu ayuhlah sahabat semua kita mengabdikan diri ini hanya kepada Allah. Ayuh berani untuk berubah... jangan tunggu usia mencecah tua... ^^

    Allah memiliki sifat arrahman buat hambanya, disebabkan itu Dia menjanjikan rahmat buat hambaNya. Ingatlah pintu taubat tidak pernah tertutup, tua atau muda, ayuhlah beramal dari sekarang. dan jangan sesekali merasakan diri ini sudah cukup iman dan amal, kerana ditangan Allah ada rahmatNya...

    maaf abg zai, comment ni dah macam tulis blog pula. cuma nak kongsi pengalaman, kawan dayah ada yang pernah bertanya soalan ini. dan ini jawapan yang mampu mengubah prasangkanya terhadap rahmat Allah.

    hidup mesti diteruskan, walaupun pahit perlu ditelan... huhuhu^^
    salam.

    ReplyDelete
  2. Dayah -> Memang betul. Terima kasih atas input yang sangat terperinci, Dayah. Semoga kita semua lebih memahami tuntutan Islami... insyaAllah.. Abg zai cuba ringkaskan dan bagi kesimpulan dan Dayah dah beri penjelasan yang lebih menerangkan lagi jawapan persoalan tersebut. Terima kasih ustazah ~ ;P

    ReplyDelete