بسم الله الرحمن الرحيم
Foto dari http://ibnulinggasakti.wordpress.com/
Assalamualaikum WBT. Pada awal bulan Mei yang lalu, Keluarga HIKMAH telah menganjurkan "Hari Keluarga HIKMAH" di pantai Bagan Lalang dan terbuka kepada semua warga Keluarga HIKMAH. Untuk makluman, Keluarga HIKMAH terdiri daripada cucu-cicit Atuk dan Nenek aku yang sebelah Mak. Kami sekeluarga telah membentuk organisasi dan diberi nama Keluarga HIKMAH.
Salah satu dari aktiviti hari keluarga tersebut ialah ceramah dari Prof. Muhd. Kamil Ibrahim. Beliau berkongsi mengenai pengalaman hidup yang amat menarik dan sangat menyentuh kalbu. Di penghujung ceramah, seorang ahli keluarga telah bertanya tentang kemusykilan terhadap ceramah beliau. Beliau menyatakan, masuk syurga itu adalah dengan rahmat Allah SWT, bukan kerana amal ibadah yang dilakukan seumur hidup.
Soalan : "Apa gunanya kita beramal ibadah dengan banyak, jika masuk syurga itu hanyalah dengan rahmat Allah semata-mata?"
Jawapan: "Firman Allah dalam surah Adz-Zaariyat : 56, maksudnya,"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." Memang kita perlu beramal ibadah kepada Allah kerana itu tanggungjawab dan tujuan hidup di dunia ini, namun yang memberi keizinan untuk seseorang itu masuk ke dalam syurga hanyalah Allah semata-semata. Itulah rahmat Allah.
Wallahu'alam