Satu Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Makkah ke Kota Madinah Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Artis: Nazrey Johani Tajuk lagu: Antara Dua Cinta Album: Nasyid Nostalgia Memori The Zikr Genre: Nasyid
Apa yang ada jarang disyukuri Apa yang tiada sering dirisaukan Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang Apa yang diburu timbul rasa jemu Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut Di minum hanya menambah haus Nafsu bagaikan fatamorgana Di padang pasir
Panas yang membahang di sangka air Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang Di lihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia Yang mendiam di dalam hatiku Kerana di situ tidak ku mampu Mengumpul dua cinta Hanya cintaMu ku harap tumbuh Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh