بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan persetujuan aku untuk mengambil tempat dalam pertandingan CaseIT 2010 tersebut bersama Amin, maka terjadilah Team Aries Consulting disertai seorang lagi, Mohd, Azizul dan Jurulatih kami En. Razman Shah Rajab. Pada awalnya memang tak pernah terlintas untuk dapat memasuki ke peringkat akhir dan aku sekadar untuk menimba pengalaman dalam pertandingan sebegini. Kami mendaftar dengan SFU (Simon Fraser University) dan case untuk preliminary round diberikan pada November.
Case study tersebut berkenaan Clypt, sebuah syarikat pengeluar VoIP dan kami perlu memberikan penyelesaian terhadap masalah syarikat itu dalam masa 2 minggu menggunakan slide power point, tidak lebih daripada 12 slides keseluruhan. Ini menyukarkan kami membentangkan idea di dalam slide yang begitu terhad sekali. Tambahan pula, ia akan dihantar tanpa sebarang pembentangan oleh pembentang. Para juri hanya akan menerimanya dalam bentuk digital dan akan menilai secara keseluruhan melalui slide yang dihantar melalui emel sahaja.
Kami dalam masa yang sama bergelut dengan peperiksaan final semester, terpaksa jua bersengkang mata untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Clypt tersebut dengan harapan akan terpilih ke pusingan akhir CaseIT 2010 di Vancouver, Kanada.
Dipendekkan cerita, dengan girang tak terkata cuma Alhamdulillah yang mampu dituturkan kami berjaya diterima ke peringkat akhir bersama-sama 15 lagi pasukan di seluruh dunia. Maka dengan itu bermulalah cabaran kami yang berikutnya iaitu mencari gali ongkos bagi menampung perjalanan kami ke sana.
Berikut adalah senarai pasukan yang terpilih ke CaseIT 2010.
American University of Beirut
Athabasca University
Carnegie Mellon University
Hong Kong Baptist University
Indiana University Kelley School of Business
Kwantlen Polytechnic University
National University of Singapore
Pforzheim University
Queen's University
Ryerson University
Simon Fraser University
Università Commerciale Luigi Bocconi
Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Information Technology
University of British Columbia
University of Calgary
University of Manitoba
...bersambung
No comments:
Post a Comment